Definisi
DEFINISI TAKAFULDalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan ‘Takaful’ ialah ‘Kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana ‘Takaful’ merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja ‘Takafala’ maka ianya juga bererti ‘Salin menjamin, menjaga atau memeilhara’
Menurut Akta Takaful 1984, “Takaful” ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta peserta jika diperlukan dimana peserta peserta sama sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Secara amnya Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional dimana kedua duanya merupakan instrumen untuk mebantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah
Konsep
KONSEP ASAS TAKAFULKonsep asas takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjsama di kalangan Peserta
Al-Qasamah
memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam kes qisas. Menurut jumhur ulama’ Apabila berlaku sesuatu pembunuhan, tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak 50 orang. Jika tidak terdapat lima puluh orang. Maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan
Aqilah
Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin
Tabarru’
Tabarru’ bermaksud menerma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful. semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.
Di dalam Industri Takaful, At-Tabarru’ yang diperkenalkan ialah Tabarru’ ( derma ) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali Takaful menetapkan kadar Tabarru’ demi memastikan tabung Tabarru’ yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung melindungi.
Jesteru itu, jika seorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.
Al-Wakalah
Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili
Al-Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil untuk mengurus dan menjaga sesuatu perkara
Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya
Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai agen kepada peserta. tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful
Mudharabah
Mudharabah ( Amanah Berkongsi Keuntungan ) bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan.
Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagaihkan antara peserta dengan pengendali takaful.
Prinsip
PRINSIP ASAS TAKAFULPenuh percaya mutlak ( Utmost good faith )
Kontrak takaful adalah kontrak atas dasar penuh percaya mutlak dan menekankan keperluan percaya mempercayai dan berbaik sangka diantara Peserta dan Pengendali Takaful dalam urusan akad Takaful
Peserta sebagai pemegang Sijil Takaful mestilah mendedahkan semua fakta penting mengenai risiko yang dicadangkan serta tidak menyembunyikan atau menyalah tafsir sebarang fakta apabila membuat permohonan perlindungan Takaful. Sekiranya peserta gagal mendedahkan mana mana fakta matan, sijil tersebut mungkin menjadi tidak sah.
Pihak Syarikat pula hendaklah menerangkan dengan betul dan tepat jenis jenis perlindungan yang ditawarkan, risiko yang diperlindungi dan pengecualian manfaat serta membayar pampasan tuntutan tanpa lewat setelah sesuatu kerugian atau kerosakkan disahkan layak menerima pampasan
Kepentingan boleh Takaful ( Insurabale Interest )
Seseorang Peserta harus mempunyai kepentingan kewangan ( financial interest ) yang sah ke atas harta benda atau hayat yang hendak dilindung, dimana sekiranya sesuatu kerosakkan atau kehilangan ke atas harta atau hayat yang dilindung tersebut akan mengakibatkan Peserta menanggung kerugian kewangan ( financial loss )
Gantirugi ( Indemnity )
Setiap kerugian atau kerosakkan mestilah boleh dinilai dari segi kewangan di mana pihak pengendali Takaful akan membayar atau meletakkan Peserta kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian.
Pampasan yang akan dibayar kepada Peserta ke atas kehilangan, kerosakkan atau kemusnahan sesuatu harta benda adalah berdasarkan konsep gantirugi dimana pihak syarikat akan membayar, memperbaiki atau menganti harta benda tersebut kepada keadaan sediakala sebelum berlakunya kehilangan, kerosakan atau kemusanahan tersebut, tidak lebih dan tidak kurang.
Peserta tidak sepatutnya mendapat keuntungan daripada Skim Takaful
Contoh pengiraan gantirugi sekiranya berlaku under insured:
Harga pasaran rumah : RM100,000.00
Nilai perlindunggan Takaful : RM75,000.00
Tuntutan-kos membaiki kerosakan : RM10,000.00
Nilai pampasan yang dibayar : RM75,000.00/RM100,000 X RM10,000 = RM7,500 Jumlah pampasan yang akan dibayar
Subrograsi ( Subrogatioan )
Pihak syarikat selepas membuat pembayaran tuntutan kepada Peserta akan mengunakan nama dan hak Peserta untuk membuat tuntutan balas dan pendakwaan le atas pihak ketiga ( yang didapati bersalah menyebabkan kerosakan atau kemusnahan ) bagi mengurangkan kerugian pengandali Takaful.
Perkonsian sama rata ( Contrubution )
Peserta tidak perlu membeli lebih daripada satu sijil untuk melindungi sesuatu harta. Sekiranya terdapat lebih dari kontrak yang digunakan untuk melindungi sesuatu harta tersebut, Peserta hanya boleh membuat satu tuntutan sahaja apabila berlaku kerugian atau kerosakan terhadap harta tersebut.
Sekiranya berlaku sebarang tuntutan dan didapati Peserta memiliki dua atau lebih Polisi melindungi harta benda yang sama, maka setiap pengandali Takaful akan hanya membayar bahagian pro ratanya ( proportionate ) sahaja.
Contoh:
Peserta mengambil 2 sijil untuk melindungi rumah yang sama;
Sijil 1 dengan pengendali Takaful A : RM100,000.00
Sijil 2 dengan pengendali Takaful B : RM100,000.00
Harga pasaran semasa : RM100,000.00
Tuntutan-kos membaiki kerosakan : RM10.000.00
Nilai pampasan yang akan dibayar:
Pengendali Takaful A : RM5,000.00
Pengendali Takaful B : RM5,000.00
Keseluruhan pampasan : RM10,000.00
Sebab terhampir ( Proximate cause )
Definisi ‘Proximate cause’
‘it is an active afficient cause that set a motion a train of avent which bring about the result without any intervention from any started and working actively from new and indenpendent source’
Maksudnya, sesuatu kemalangan, kerugian, kerosakan atau kemusnahan mestilah disebabkan oleh bencana/peril yang diperlindungi olej Sijil Takaful dan ianya hendaklah punca yang terdekat dan terkuat serta berterusan tanpa gangguan dan seterusnya membawa kepada kerosakan tersebut