PELAN PRIMA

Prima

interest22
Pengenalan pelan
Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 6 bulan hingga 54 tahun sahaja.
Pelan ini memberikan jaminan Manfaat Perolehan setiap 3 Tahun ( anggaran 10% dari amaun perlindungan atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% ke atas Akaun Khas peserta )
Kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah pembayaran ini 
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh  penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun Manfaat Perolehan sudah dibayar

Nisbah Agihan Sumbangan

Tahun Akaun Peserta ( Simpanan ) Akaun Khas peserta ( Khairat )
1            0%                                                100%
2           10%                                               90% dan seterusnya

Pengeluaran Akaun Simpanan ( AP )
  • Peserta tidak dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Peserta ( Akaun Simpanan  / AP )

Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:

  • Manfaat kematian
  • Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  • Pulangan tunai ketika sijil matang melalui akaun ( AP )

Manfaat kematian

  • Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

  1. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan  tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
  2. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.
Untuk pelan juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai

Manfaat tambahan

Manfaat tambahan yang boleh disertai adalah seperti berikut:-
  • Manfaat Hospital
  • Manfaat Pampasan Kemalangan
  • Manfaat Penyakit Kritikal ( 36 jenis penyakit )
  • Manfaat Hospital & Pembedahan ( Kad Kerubatan )


Contoh
Peserta memohon untuk mendapat perlindungan berjumlah RM50,000
Peserta akan menerima 10% dari jumlah amaun perlidungan setiap 3 tahun sekali sehingga sijil matang
Tahun               % Pulangan            Pulangan
1                        
2                        
3                         10                          RM5,000
4                        
5                        
6                         10                          RM5,000
7                        
8                        
9                         10                          RM5,000
10                     
11                      
12                      10                            RM5,000
13
14
15                      10                            RM5,000
16
17
18                     10                             RM5,000
19
20
21                     40                             RM20,000

Pelan yang menawarkan pulangan berjadual 10% setiap tiga tahun

Jika peserta meninggal dunia semasa sijil masih lagi berkuat kuasa. Waris peserta TETAP akan menerima jumlah khairat kematian sebanyak RM50,000 tanpa menolak jumlah yang telah diperolehi oleh peserta ketika ia masih hidup
Selain dari manfaat kematian dan manfaat keilatan kekal dan menyeluruh. pelan ini juga menawarkan manfaat tambahan seperti berikut:-
  • Manfaat Hospital
  • Manfaat pampasan kemalangan
  • Manfaat penyakit kritikal
  • Manfaat hospital dan pembedahan ( Kad Perubatan )

Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi saya melalui email ataupun telefon seperti yang tertera di "HUBUNGI SAYA".

2 comments:

  1. adakah pelan prima ini bukan termasuk takaful islam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..sy dah masuk takaful ni..cuma belum msukn penama..boleh sy tahu mcmna nk masukn penama..

    ReplyDelete