HARMONI
Pengenalan Pelan
Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 6 bulan hingga 60 tahun sahaja.
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.
Pelan ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perlindungan takaful dan dalam masa yang sama mereka juga memerlukan simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini memperuntukkan simpanan bulanan kepada setiap pelanggan seperti nisbah berikut.
Nisbah Agihan Sumbangan
Tahun Akaun Peserta ( Simpanan ) Akaun Khas peserta ( Khairat )1 0% 100%
2 10% 90%
3 50% 50%
4 75% 25% dan seterusnya
Pengeluaran Akaun Simpanan ( AP )
Peserta dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Simpanan pada bila bila masa dan tidak dikenakan sebarang kadar faedah ( tertakluk kepada terma dan syarat ) Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil anda atau hubungi kami dengan mengisi borang pertanyaan online di bahagian pertanyanpermohonan hendaklah dibuat oleh peserta dengan mengisi Borang Pengeluaran. Borang ini boleh didapati disemua Pejabat Cawangan yang berhampiaran dengan anda atau dari perunding kami yang berdekatan dengan anda
Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:
- Manfaat kematian
- Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
- Pulangan tunai ketika sijil matang
Manfaat kematian
- Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
- Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
- Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.
Pembayaran Manfaat
Manfat kematianManfaat kematian biasa dan kematian akibat kemalangan
- Manfaat kematian + Jumlah Akaun Peserta+ Mudharabah dari Akaun Peserta
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan( sebelum usia 65 tahun )
Manfaat ini akan dibayar kepada peserta secara berperingkat seperti berikut:-
- Tahun pertama 10% dari jumlah perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta
- Tahun kedua 10% dari Jumlah perlindungan
- Tahun ketiga 10% dari jumlah perlindungan
- Tahun keempat 10% dari jumlah perlindungan
- Tahun kelima 60% dari jumlah perlindungan
- Tiada manfaat dibayar
Manfaat tambahan
Manfaat tambahan yang boleh disertai adalah seperti berikut:-- Manfaat Hospital
- Manfaat Pampasan Kemalangan
- Manfaat Penyakit Kritikal ( 36 jenis penyakit )
- Manfaat Hospital & Pembedahan ( Kad Kerubatan )
No comments:
Post a Comment