PELAN PRISMA

PRISMA

image0121Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN sahaja. Pelan ini ditawarkan untuk individu yang berumur antara 18 hingga 55 tahun sahaja( Pada tarikh lahir akan datang )
Sumbangan untuk pelan ini akan ditabarru’atkan keseluruhannya ke dalam Akaun Khas Peserta
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh disepanjang tempoh  penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.

Manfaat asas
  1. Bila tamat tempoh kontrak
  • Semasa tamat tempoh kontrak yang disertai, peserta akan menerima lebihan dari Akaun Khas Peserta
  1. Keilatan kekal dan menyeluruh ( sehingga umur 65 tahun )
  • Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan  tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
  • Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.
  1. Kematian
  • Termasuk kematian disebabkan penyakit atau kemalangan

Ciri ciri pelan
  1. Perlindungan untuk kematian dan keilatan kekal dan menyeluruh sahaja
  2. Kadar sumbangan yang rendah berbanding pelan pelan yang lain
  3. terbuka untuk dewasa sahaja
  4. Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh sehingga umur 65 tahun
  5. 100% sumbangan akan di Tabarru’atkan
  6. Tiada pulangan ketika sijil matang

Nota,
Pelan ini sesuai kepada individu yang ingin memiliki sejumlah perlindungan dengan kadar sumbangan yang minima

Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi saya melalui email atau telefon seperti yang tertera di "HUBUNGI SAYA".

No comments:

Post a Comment