MANFAAT TAMBAHAN (RIDER)

36 Penyakit Kritikal

Melalui manfaat ini, Peserta / orang yang dilindungi akan mendapat manfat tambahan yang komprehensif setelah didiagnosis oleh pakar, menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan

Pengecualian:
  1. Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyakit kritikal wujud  sebelum atau pada tarikh pengeluaran Kontrak Asas atau kontrak tambahan, atau tarikh ia dihidupkan semula atau dalam tempoh 180 hari.
  2. Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyakit kritikal yang disebabkan secara langsung atau tidak lansung daripada sebarang kejejasan fizikal dan kesihatan atau penyakit yang wujud  sebelum tarikh pengeluaran Kontrak asas, kontrak tambahan atau tarikh ia dihidupkan semula.
  3. Kontrak tambahan ini tidak melindungi sebarang penyakit selain daripada yang dinyatakan dan diterangkan dalam Appendiks A, tidak juga melindungi sebarang penyakit Kritikal, tanda tandanya yang berlaku sebelum pengeluaran Kontrak Asas atau Kontrak tambahan ini atau tarikh ia dihidupkan semula, atau dalam tempoh 180 hari selepasnya
  4. Peserta / Orang yang dilindungi mestilah menghidap Penyakit kritikal untuk tempoh minimum 30 hari sebelum sebarang tuntutan bayaran dijelasakan. sekiranya Peserta / Orang yang dilindungi itu mati akibat Penyakit Kritikal dalam tempoh 30 hari daripada tarikh didiagnosis, tiada sebartang bayaran akan dilunaskan di bawah Kontrak tambahan ini.,
  5. Syarikat tidak akan bertanggunggajawab sekiranya penyakit kritikal itu disebabkan oleh mana mana satu sebab yang dinyatakan dalam peruntukkan Am ( pengecualian )
  6. Kehilangan Peserta / Orang yang dilindungi sama ada didarat, laut atau udara, meskipun kehilangan itu sebelum Tuntutan untuk Kontrak Tambahan dikemukakan kepada Syarikat

Takrif
DIAGNOS- hendaklah bermaksud didiagnosis definitif  yang dibuat oleh pakar perubatan ( seperti yang ditakrifkan di bawah ) berdasarkan bukti khusus seumpamanya seperti diperlukan dalam takrif bagi setiap penyakit Dilindungi seperti yang diseneraikan di bawah dengan sokongan oleh bukti radiologi, klinikal, histologi atau makmal yang boleh kami terima.
Jika terdapat apa apa keraguan tentang kesesuaian atau ketepatan diagnosis, Syarikat akan membuat pemeriksaan semula ke atas Peserta / Orang yang dilindungi dan / atau apa apa bukti yang digunakan semas membuat diagnosis tersebut, oleh pakar perubatan yang syarikat lantik dan pendapat pakar perubatan tersebut dalam diagnosis tersebut akan mengikat peserta / Orang yang dilindungi dan syarikat

PAKAR PERUBATAN-Hendaklah bermaksud pengamal perubatan yang berdaftar sepenuhnya, mempunyai kelayakan dalam bidang Perubatan Barat tetapi tidak termasuk pengamal perubatan yang menjadi Peserta / Orang yang dilindungi itu sendiri, suami / isteri, saudara mara, rakan kongsi perniagaan, rakan sekerja, rakan sekutu, atau pekerja dan / atau majikan peserta / Orang yang dilindungi.

36 Penyakit kritikal
1. Penyakit Arteri Koronari
2. Penyakit Arteri Koronari Yang Serius
3. Pengantian Injap jantung
4. Pembedahan Aorta
5. Kardiomiopati
6. Ensefalitis
7. Tumuo Otak Benigna
8. Meningitis Bakteria
9. Penyakit Neuron Motor
10. Penyakit Parkinson
11. penyakit Aizheimer
12. Poliomielitis
13. Sklerosis Berbilang
14. Sindrom apalik
15. Lumpuh
16. Koma
17. Hilang keupayaan Diri
18. Hilang Perlihatan
19. Hilang pendengaran
20. Hilang pertuturan
21. Kanser
22. Anemia Aplastik
23. Trauma Kepala Utama
24. Luka Terbakar teruk
25. Pemindahan Organ utama
26. kegagalan Buah pinggang
27. Penyakit hati kronik
28. Hepatatis Virus Fulminan
29. Serangan jantung
30. Angioplasti
31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
32. Pembedahan Otak
33. Strok
34. Lumpuh Paraplegia
35. Penyakir paru paru kronik
36. Distrofi otot



Elaun Hospital

gambar-ambulan
Melalui rider ini, peserta akan mendapat manfaat harian sekiranya dimasukan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit. Peserta / Orang yang dilindungi akan menerima manfaat harian ini berdasarkan bilangan hari dimasukkan ke dalam wad dan bergantung kepada jumlah manfaat yang dipilih oleh peserta.
Peserta harus diingatkan bahawa manfaat ini bukan untuk menampung apa apa kos rawatan atau bil perubatan, sebaliknya merupakan manfaat harian sahaja.

Skop perlindungan
Kemasukan ke hospital kerajaan atau pusat rawatan berlesen yang diluluskan oleh syarikat atas cadangan dan kelulusan doktor/pakar bedah yang berkelayakan akibat kemalangan atau penyakit

Tempoh penyertaan
Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini ( yang mana terdahulu )

Tempoh dan lat sumbangan
Kekerapan bayaran dan tempoh adalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 60 tahun ( mana yang terdahulu )

Penamatan kontrak
Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik:
  1. Sumbangan untuk kontrak tambahan dan/atau kontrak asas tidak dijelaskan pada hujung tempoh teanggang: Atau
  2. Kontrak asas itu matang, diserahkan atau dibatalkan: Atau
  3. Apabila peserta / Orang yang dilindungi mencapai umur 60 tahun; Atau
  4. Peserta / Orang yang dilindungi itu mati atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh

Had umur penyertaan
Minimum 6 bulan dan maksimum 55 tahun ( tarikh lahir akan datang )

Had manfaat perlindungan
Minimum RM10.00 sehari dan tidak melebihi 10% dari jumlah sumbangan tahunan pelan asas atau RM400.00 sehari untuk dewasa dan RM200.00 untuk Juvana

Pengendalian sumbangan
100% sumbangan akan di tabarru’kan ke Akaun Khas Peserta

Kelayakan tuntutan
Dimasukan ke hospital sekurang kurangnya 3 hari 6 jam. Amaun manfaat akan dikira dari hari pertama dimasukan ke hospital, dan terhad sehingga 365 hari sahaja ( had seumur hidup )

Notis tuntutan
Notis bertulis hendaklah dikemukakan kepada syarikat dalam tempoh enam puluh ( 60 ) hari keluar ( discaj ) hospital

Mudharabah
Sebarang lebihan di penhujung tempon pelan takaful asas dari Akaun Khas Peserta akan dikongsi antara Syarikat dan Peserta pada kadar 50%:50% dengan syarat tiada tuntutan dibuat atas kontrak rider ini

Risiko yang dikecualikan
  1. Pencerohohan dan tindakan negara asing, persengketaan ( sama ada perang yang diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, kebangkitan revolusi atau kententeraan atau rampasan kuasa, rusuhan, kegemparan umum, serangan oleh perompak atau pengganas.
  2. Apabila Peserta / Orang yang dilindungi membunuh diri atau cuba untuk membunuh diri ( samada ada secara sebab jenayahatau tidak ) atau mencederakan diri sendiri ( samada waras atau tidak ) atau dalam pengaruh alkohol atau dadah, sama ada secara tidak sedar atau berniat atau menyedut atau mengunakan racun, gas atau wap beracun
  3. Semasa Peserta / Orang yang dilindungi terlibat dalam perkhidmatan penerbangan, pengendalian sebarang peralatan pengakutan udara bagi tujuan perdagangan, profesion atau hobi atau sebagai krew penerbangan atau semasa terlibat dalam aktiviti payung terjun atau luncur udara atau sebarang aktiviti udara selain daripada menjadi anggota tentera atau polis udara kecuali sevagai juruterbang atau krew atau penumpang dalam penerbangan tentera atau polis yang sah dan rasmi atau sebagai juruterbang atau ahli krew atau penumpang berbayar dalam penerbangan komersial yang berjadual serta melalui laluan tetap;
  4. Jika hilang upaya, kecederaan atau penyakit itu wujud pada tarikh kontreak dikeluarkan atau tarikh id dihidupkn semuala, yang mana berlaku kemudian
  5. Terlibat dalam aktiviti haram atau jenayah, penyertaan dalam sebarang pergaduhanatau sengaja mencari punca;
  6. Aktiviti luncur air atau sebarang aktiviti menyelam yang memerlukan alat bantuan pernafasan; atau sebarang bentuk perlumbaan berkuda atau beroda;
  7. Terdedah kepada bahaya nuklear, peralatan nuklear atau pencemaran radioaktif
  8. Menghidap Sindrom Kurang Upaya Tahan Penyakit ( AIDS ), atau sebarang penyakit berkaitan AIDS, penyakit kelamin yang berjangkit, kehamilan, melahirkan anak, penguguran anak, keguguran atau sebarang atau akibat darinya;

Manfaat ini hanya akan mula berkuat kuasa selepas empat puluh lima ( 45 ) hari dari tarikh sijil ini dikeluarkan atau  dikuatkuasakan semula ( reinstatement ) kecuali atas sebab sebab kemalangan
Nota penting* Kemasukan hospital di luar Malaysia tidak dilindungi di bawah rider ini


Kad Perubatan

foto-kad-perubatanManfaat Hospital & Pembedahan atau lebih popular dipanggil manfaat perubatan atau Kad Perubatan dikalangan orang ramai
Manfaat ini menawarkan penyelesaian kos perubatan kepada setiap peserta yang menyertainya. Pada ketika ini, boleh dikatakan semua syarikat Insuran dan Takaful menawarkan manfaat ini dan anda sepatutnya tidak terburu buru menyertainya. Anda perlu menila tahap kemampuan anda, keperluan anda dan kesanggupan anda untuk membuat sumbangan pada setiap bulan untuk jangkamasa yang agak panjang. Jika anda merupakan kakitangan yang telah ditawarkan dengan manfaat ini, saya mencadangkan anda tidak menyertainya buat masa ini dan jika anda merupakan seorang usahawan atau peniaga anda seharusnya menertai manfaat ini sekarang juga.
Dengan adanya manfaat ini. Kos perubatan anda akan ditanggung oleh pengendali takaful. Pengendali takaful tidak akan mengangung sepenuhnya kos perubatan tersebut. selalunya syarikat pengendali hanya menaggung 90% dari kos yang dikenakan kepada peserta dan peserta perlu membayar 10% dari kos tersebut.
Tanpa simpanan yang mencukupi, anda sudah pasti tidak mampu menaggung kos rawatan jika anda ditimpa musibah
gambar-orang-kerja-kontrak
Di saat anda ditimpa musibah. Anda sudah semestinya memerlukan rawatan yang sempurna. Bagaimana jika anda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi? Bagaimana dengan kos rawatan anda? Siapa yang akan menanggung kos rawatan tersebut? Anda perlu fikir masalah ini…
Anda akan mula terjabak dengan perangkap hutang jika anda tidak memulakan langkah bijak sekarang!


Kemalangan ( A.I.R )

Manfaat Pampasan Kemalangan ( AIR )
Melalui rider ini, Peserta / Orang yang dilindungi akan mendapat manfaat perlindungan sekiranya peserta meninggal dunia, cacat mengalami keilatan kekal dan menyeluruh atau cedera akibat kemalangan. Is juga membayar manfaat mingguan sekiranya peserta / Orang yang dilindungfi mengalami keilatan sementera dan menyeluruh

Jadual manfaat
1. Kematian yang berpunca secara langsung dan tidak bersnagkut paut dengan sebarang sebab selaindari[ada kecederaan akibat kemalangan: 100% daripada jumlah Perlindungan akan dibayar
2. Apabila menerima bukti yang memuaskan bahawa kecederaan yang diakibatkan oleh kemalangan yang menyebabkan kehilangan salah satu atau lebih yang dinyatakan dalam ( 1 ) - ( 8 ) di bawah, faedah berikut akan dibayar, dengan syarat jumlah maksimum yang dibayar di bawah klausa 2 tidak meli9bihi jumlah perlindungan dan tiada tuntutan dibuat atau dibayar untuk ( 1 ) - ( 8 )

Manfaat Keilatan

Definisi kecederaan
Bermaksud kevederaan tubuh disebabkan secara lansung oleh kemalangan

Definisi keilatan kekal dan menyeluruh
  1. Tidak berupya, memperoleh sebarang upah atau gaji melalui pekerjaan, tugasan atau kemahiran, dengan
  2. Syarat keilatan itu berlanjuutan tidak kurang dari tempoh (6) bulan secara berterusan ataupun.
  • hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata; atau
  • hilang / putus kedua belah tangan pada / ayas pergelangan tangan; atau
  • hilang / putus kedua belah kaki pada / atas buku lali; atau
  • hilang / putus satu tangan pada / atas pergelangan tangan dan hilang / putus satu kaki pad / atas buku lali; atau
  • kehilangan pernglihatan untuk sebelah mata yang tidak boleh dipulihkan dan hilang / putus keseluruhan lengan / pada / atas pergelangan tangan atau buku lali
Untuk juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai

Skop perlindungan
Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh atau kematain akibat kemalangan sahaja.

Tempoh penyertaan
Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua belah pihak dn tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini ( mana yang terdahulu )

Tempoh dan lat sumbangan
Kekerapan bayaran dan tempoh dalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 65 tahun ( mana yang terdahulu )

Penamatan kontrak
Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik sekiranya;
  1. Sebarang sumbangan untuk kontrak tambahan dan / atau kontrak asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh tenggangl; atau
  2. Kontrak asas itu matang, diserahkan atau tamat; atau
  3. Apabila peserta / orang yang dilindungi mencapai umut 65 tahun; atau
  4. Selepas pembayran baki 60% daripada jumlah perlindungan MKKAK disebabkan keilatan kekal dan menyeluruh, atau
  5. Apabila pembayaran manfaat kematian atau keilatan kekal; dan menyeluruh dilunaskan.


Kemalangan ( MKKAK )

image012Manfaat Kematian & Keilatan Kekal Akibat Kemalangan ( MKKAK )
Melalui rider ini, Peserta / Orang yang dilindungi bukan sahaja dibayar manfaat perlindungan daripada pelan asas, malahan akan mendapat manfaat tambahan berdasarkan jumlah manfaat yang dipilih melalui MKKAK ini. Peserta boleh memilih jumlah manfaat minimum sebanyak RM10,000.00 ( sehingga maksimum 5 kali ganda daripada jumlah pelan asas )

Definisi kecederaan
Bermaksud kevederaan tubuh disebabkan secara lansung oleh kemalangan

Definisi keilatan kekal dan menyeluruh
  1. Tidak berupya, memperoleh sebarang upah atau gaji melalui pekerjaan, tugasan atau kemahiran, dengan
  2. Syarat keilatan itu berlanjuutan tidak kurang dari tempoh (6) bulan secara berterusan ataupun.
  • hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata; atau
  • hilang / putus kedua belah tangan pada / ayas pergelangan tangan; atau
  • hilang / putus kedua belah kaki pada / atas buku lali; atau
  • hilang / putus satu tangan pada / atas pergelangan tangan dan hilang / putus satu kaki pad / atas buku lali; atau
  • kehilangan pernglihatan untuk sebelah mata yang tidak boleh dipulihkan dan hilang / putus keseluruhan lengan / pada / atas pergelangan tangan atau buku lali
Untuk juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai

Skop perlindungan
Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh atau kematain akibat kemalangan sahaja.

Tempoh penyertaan
Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua belah pihak dn tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini ( mana yang terdahulu )

Tempoh dan lat sumbangan
Kekerapan bayaran dan tempoh dalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 65 tahun ( mana yang terdahulu )

Penamatan kontrak
Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik sekiranya;
  1. Sebarang sumbangan untuk kontrak tambahan dan / atau kontrak asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh tenggangl; atau
  2. Kontrak asas itu matang, diserahkan atau tamat; atau
  3. Apabila peserta / orang yang dilindungi mencapai umut 65 tahun; atau
  4. Selepas pembayran baki 60% daripada jumlah perlindungan MKKAK disebabkan keilatan kekal dan menyeluruh, atau
  5. Apabila pembayaran manfaat kematian atau keilatan kekal; dan menyeluruh dilunaskan.


Pendapatan Keluarga

Rider ini boleh disertakan dengan pelan asas Sarjana sahaja.
Rider ini membayar sejumlah wang ( daripada perlindungan yang dipohon ) setiap tahun dengan kadar setara ( sama rata ), bila penyumbang kepada pelan asas, iaitu Sarjanan mengalami keilatan kekal dan menyeluruh atau meninggal dunia.
5 hingga 25 tahun, mengikut pelan asas atau sehingga luput tempoh kontrak
  • Membayar pendapatan tahunan untuk keluarga sekiranya penyumbang / pembayar meninggal dunia atau mengalami keiltan kekal dan menyeluruh.
  • Jumlah perlindungan ( tuntutan 0 akan dibayar secara setara ( sama rata 0 bagi baki tempoh kontrak tersebut.

Tempoh penyertaan
Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua belah pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau hingga umur diri dilindungi mencapai umur 25 tahun atau pembayar mencapai umur 65 tahun ( mana yang terdahulu 0

Had Umur penyertaan
18 hingga 55 tahun

Tempoh dan lat sumbangan
5 hingga 25 tahun, mengikut pelan asas atau pembayar mencapai umur 65 tahun ( yang mana tersahulku 0

Had perlindungan
3 x manfaat Asas atau maksimum RM250,000

Pengendalian sumbangan
100% akan ditabarru’kan ke Akaun khas peserta

Had tamat kontrak
Mengiklut pelan asas atau pembayar mencapai umur 65 tahun atau Orang yang dilindungi mencapai umur 25 tahun ( yang mana terdahulu ).

No comments:

Post a Comment